Terms & Conditions | BizPro AI
Terms & Conditions

Terma Penggunaan BizPro AI

Halaman ini menerangkan terma asas pembelian, akses dan penggunaan BizPro AI by MyCreative Digital. Dengan membuat pembelian atau menggunakan BizPro AI, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan terma ini.

1. Pengenalan

BizPro AI ialah produk digital yang membantu owner bisnes menyusun bahan marketing menggunakan AI, termasuk page, content, closing flow, creative direction dan sokongan bonus yang dinyatakan pada halaman jualan.

Produk ini dikendalikan oleh MyCreative Digital di bawah AQH TRADING & SERVICES 201303022183 (002197622-M).

2. Akses Produk

Akses kepada BizPro AI akan diberikan selepas bayaran disahkan. Maklumat akses boleh dihantar melalui email, WhatsApp, platform pembelajaran, page akses khas atau kaedah lain yang ditetapkan oleh pihak kami.

Pembeli bertanggungjawab memastikan maklumat contact yang diberikan adalah betul dan aktif.

3. Penggunaan Produk

  • BizPro AI hanya boleh digunakan oleh pembeli atau pihak yang diberikan akses secara sah.
  • Pembeli tidak dibenarkan menjual semula, berkongsi akses, menyalin sistem atau mengedarkan bahan produk tanpa kebenaran bertulis.
  • Output yang dijana oleh AI perlu disemak semula oleh pengguna sebelum digunakan untuk iklan, salespage, content, komunikasi pelanggan atau apa-apa bahan bisnes.

4. Keputusan Dan Tanggungjawab Bisnes

BizPro AI membantu menyusun idea, prompt, struktur, copywriting dan flow marketing. Namun, keputusan jualan, approval iklan, prestasi kempen, conversion, keuntungan atau sebarang hasil bisnes tidak dijamin.

Pengguna bertanggungjawab membuat semakan, penyesuaian dan keputusan akhir berdasarkan situasi bisnes masing-masing.

5. Bonus Dan Kemaskini

Bonus yang ditawarkan adalah berdasarkan promosi atau pakej yang aktif semasa pembelian. Pihak kami boleh menambah baik, menukar, mengemaskini atau menyusun semula bonus dan kandungan produk dari semasa ke semasa untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

6. Polisi Bayaran Balik

Jika halaman jualan menyatakan jaminan atau tempoh refund tertentu, syarat tersebut akan terpakai mengikut maklumat yang dinyatakan pada halaman jualan semasa pembelian.

Sebarang permintaan refund perlu dibuat melalui channel support rasmi dalam tempoh yang dinyatakan, bersama maklumat pembelian yang lengkap.

7. Sokongan

Sokongan asas diberikan untuk membantu pengguna memahami akses, penggunaan umum dan panduan berkaitan BizPro AI. Sokongan tidak termasuk servis done for you, setup penuh, pengurusan ads, design custom atau kerja teknikal tambahan melainkan dinyatakan secara berasingan.

8. Perubahan Terma

Pihak kami berhak mengemaskini Terms & Conditions ini dari semasa ke semasa. Versi terkini yang dipaparkan pada halaman ini akan menjadi rujukan utama.

Last updated: 2026