Privacy Policy | BizPro AI
Privacy Policy

Polisi Privasi BizPro AI

Halaman ini menerangkan bagaimana maklumat pengguna dan pembeli BizPro AI dikumpul, digunakan dan dilindungi oleh MyCreative Digital.

1. Pengenalan

Privacy Policy ini terpakai kepada pengguna, prospek dan pembeli BizPro AI. Dengan menggunakan laman web, mengisi form, membuat pembelian atau berhubung dengan pihak kami, anda dianggap bersetuju dengan polisi privasi ini.

BizPro AI dikendalikan oleh MyCreative Digital di bawah AQH TRADING & SERVICES 201303022183 (002197622-M).

2. Maklumat Yang Mungkin Dikumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat yang anda berikan secara sukarela, termasuk:

  • Nama
  • Nombor telefon atau WhatsApp
  • Alamat email
  • Maklumat bisnes atau servis yang anda berikan dalam form
  • Maklumat pembelian, pakej dipilih dan status pembayaran
  • Sebarang mesej, pertanyaan atau maklum balas yang dihantar kepada pihak kami

3. Cara Maklumat Digunakan

Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  • Memproses pembelian dan memberi akses kepada BizPro AI
  • Menghubungi anda berkaitan akses, support, update atau maklumat produk
  • Memberi bantuan asas berkaitan penggunaan BizPro AI
  • Menghantar maklumat promosi, tawaran atau update berkaitan produk dan servis MyCreative Digital
  • Menambah baik pengalaman pengguna, page, funnel, komunikasi dan servis kami

4. Pembayaran Dan Pihak Ketiga

Sebarang transaksi pembayaran mungkin diproses melalui platform pembayaran, bank, payment gateway atau sistem pihak ketiga yang berkaitan. Maklumat tertentu mungkin diproses oleh pihak tersebut mengikut polisi dan sistem keselamatan mereka.

Kami tidak menyimpan maklumat sensitif seperti nombor kad penuh atau butiran keselamatan kad pembayaran.

5. Cookies, Tracking Dan Analytics

Laman web atau platform yang digunakan mungkin menggunakan cookies, tracking pixel, analytics atau teknologi seumpamanya untuk memahami prestasi page, iklan, conversion, trafik dan pengalaman pengguna.

Data ini boleh membantu kami menambah baik kempen marketing, kandungan dan pengalaman pengguna.

6. Perkongsian Maklumat

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Namun, maklumat tertentu mungkin dikongsi dengan penyedia servis yang membantu operasi kami seperti platform email, WhatsApp, payment gateway, hosting, sistem form, CRM, automation atau support.

Perkongsian ini hanya dibuat apabila perlu untuk memproses permintaan, pembelian, akses produk atau komunikasi berkaitan servis.

7. Keselamatan Data

Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat yang dikumpul. Namun, tiada sistem digital yang boleh dijamin 100% bebas risiko. Pengguna juga digalakkan untuk menjaga maklumat akses masing-masing.

8. Hak Pengguna

Anda boleh menghubungi pihak kami untuk membuat pertanyaan, kemaskini maklumat, atau meminta supaya maklumat anda tidak lagi digunakan untuk komunikasi promosi tertentu.

Sebarang permintaan akan diproses secara munasabah mengikut kemampuan operasi dan keperluan rekod transaksi.

9. Perubahan Polisi

Pihak kami boleh mengemaskini Privacy Policy ini dari semasa ke semasa. Versi terkini yang dipaparkan pada halaman ini akan menjadi rujukan utama.

Last updated: 2026